Oleh sebab dia memakai sut angkasa yang sangat merimaskan, tindakan Song Shuhang kelihatan agak kelam-kabut semasa dia mengelap air mata Ye Si. Oleh sebab itu, pergerakan jari-jemarinya terasa lebih berhati-hati dan lembut.
Namun, tepat pada masa itu, dia berasa perasaan yang agak pelik daripada tubuh Kakak Senior Ye. Ia merupakan aura Yang Mulia Tahap Tujuh. Bukan, mungkin ia lebih tinggi daripada aura Yang Mulia.
Walaupun perasaan itu berlegar di hatinya dengan seketika sahaja, Song Shuhang telah hidup bersama dengan Putih Yang Mulia dengan masa yang agak lama, jadi dia sangat kenal dengan aura yang dimiliki oleh tahap Yang Mulia.
'Tidak silap lagi...
'Tapi kenapa aura Yang Mulia dan ke atas datang dari tubuh Kakak Senior Ye?'
Setelah melihat wajah Kakak Senior Ye yang penuh dengan air mata, Song Shuhang membuat keputusan untuk melepaskan rasa ingin tahunya buat masa sekarang.