'Perlukah saya memakai sarung tangan dari sekarang?' Song Shuhang berfikir sendirian.
Menurut maklumat yang dia kumpulkan sehingga sekarang, tangannya perlu menyentuh 'objek' untuk dinilai bagi mencetuskan teknik rahsia itu.
Kemudian, sebaik sahaja pandangannya tertumpu ke atas barang tersebut, atau dia tertanya-tanya tentang ciri-cirinya, ada kebarangkalian besar yang teknik penilaian tersebut akan diaktifkan.
Ole sebab menyentiuh 'objek' menggunakan jarinya merupakan salah satu syarat utama untuk mencetuskan teknik penilaian tersebut, mungkin juga dia boleh mengurangkan peluang untuk mengaktifkan teknik rahsia itu jika dia memakai sepasang sarung tangan dan tidak menyentuh objek itu secara langsung?
Paling tidak pun, dia akan mendapat luka yang kecil sahaja ketika memakai sarung tangan itu, dan menahan kesakitan.
Mungkin ia akan benar-benar berhasil!