Di Pavilion Air Sejernih Kristal.
Seekor obor-obor yang berkilauan menuju ke Pavilion Samawi Pari-pari Chu dan kesemua tumbuhan, orang, haiwan dan sungai yang ia temui ketika melintasi Pavilion Air Sejernih Kristal di dalam keadaan beku.
Obor-obor yang berkilauan itu tidak memberi perhatian kepada murid-murid Pavilion Air Sejernih Kristal dan terus melepasi di atas kepala mereka.
Obor-obor itu itu seolah-olah sangat biasa dengan Pavilion Air Sejernih Kristal dan segera tiba di Pavilion Samawi Pari-pari Chu.
Pavilion Samawi itu adalah tempat berehat Pari-pari Chu dan ia penuh dengan penghadang dan mekanisma pertahanan yang akan membuatkan Pari-pari Chu terjaga sekalipun apabila menerima sekecil-kecil isyarat bahaya.
Tetapi apabila obor-obor yang berkilauan itu melayang-layang melalui tempat itu, tiada satu pun mekanisma rahsia atau penghadang pertahanan yang diaktifkan.