Gao Moumou menulis: "Apa yang awak cakap ni? Saya tahu sangat tentang penulis-penulis webnovel. Saya bukannya alien atau tinggal di kawasan pedalaman. Saya sering membaca webnovel dan saya pun ada akaun pelbagai siri webnovel. Saya juga telah mengundi dalam kedudukan bulanan dan melanggan webnovel bagi penulis yang saya suka."
"..." Song Shuhang tersenyum paksa dan menulis: "Moumou, kalau begitu, adakah awak berminat dalam penulisan novel?"
Setelah membaca pesanan ini, jantung Gao Moumou berdebar, seluruh tubuhnya kaku.
Seperti yang diberitahu tadi, Gao Moumou memang berminat dalam penulisan novel... walau bagaimanapun, dia tidak pernah menunjukkan cerita-cerita yang telah ditulisnya kepada orang yang dikenalinya dalam kehidupan sebenar.
Bagi Gao Moumou, penulisan novel adalah seperti menulis diari peribadi. Oleh itu, dia malu untuk mendedahkan cerita-cerita tersebut kepada orang yang dikenalinya.