Di dalam rumah Song Shuhang.
Di ruang tamu, Biarawan Dao Berkabus Kelabu yang sedang berbual dan minum teh bersama Ayah Song mengangkat kepalanya sedikit dan melihat ke luar.
'Ini aura dua pertapa Tahap Empat? Kenapa mereka di sini?' Biarawan Dao Berkabus Kelabu berfikir di dalam hati dengan dahi berkerut.
'Mungkin mereka datang ke sini untuk mendapatkan batu pendedahan itu?
'Kawan kecil Song Shuhang sepatutnya sedar betapa berharganya batu pendedahan itu. Selain itu, ada juga senior yang kuat bersamanya untuk menasihatinya. Jadi, dia bukanlah bodoh sangat untuk beritahu orang lain tentang batu pendedahan tu kan?
'Sekiranya bukan kerana batu pendedahan itu, kenapa kedua-dua pertapa Alam Semulajadi Tahap Empat ini curi-curi menghampiri tempat ini?
'Lebih baik mereka jangan datang ke sini kerana batu pendedahan itu, kalau tak…'
Tiada kalau sebenarnya! Batu pendedahan itu tak ada di sini!