Mama Song menyambut kedatangan Biarawan Dao Kabus Kelabu dan membawanya ke ruang tamu. Apabila dia nampak yang dia sedang memegang kotak hadiah, agak sedih, dia berkata, "Ah! Encik Yun Wu, kenapa awak bawa hadiah lagi? Kan saya dah beritahu awak lama dulu, sekarang kita ni berjiran dan tidak perlu semua itu. lagipun, awak juga kawan Song Shuhang."
"Hehe, ini cuma balasan kebaikan sahaja, tidak lebih dari itu pun. Cik Song, awak tidak perlu terlalu formal juga." Biarawan Dao Kabus Kelabu perlahan-lahan minum Teh Hijau Rohani dan mengeluh.
Sejurus kemudian, dia bertanya soalan sebenar, "Cik Song, Shuhang ada di rumah ke?"
Selepas memasuki rumah itu, dia tidak rasa aura Song Shuhang atau aura batu pencerahan. Di mana pulak budak itu lari?
"Ah, sayangnya, tapi Song Shuhang dah keluar bersama seorang gadis," kata Mama Song sambil tersenyum.
Mama Song terus berbincang mengenai topik anaknya keluar dengan gadis.