'Adakah dia tunggu saya balik ke rumah dan kemudian 'pew~' saya ke angkasa, jadi saya boleh bermain dengan bintang?'
'Pari-pari Kunang-kunang, janganlah kejam sangat!
'Kita semua manusia dan kita tidak boleh menyakiti satu sama lain~'
Mereka semua merupakan pertapa. Dia boleh sahaja biarkan Song Shuhang berehat buat beberapa hari selepas pulang ke rumah, membenarkannya untuk menikmati kasih sayang keluarga bersama dengan Guoguo, Li Yinzhu dan ibu bapanya. Setelah itu, dia akan bersedia untuk perjalanan tersebut, tidak terlambat untuk mencari alasan dan naik ke syurga!
Setelah melihat Song Shuhang tidak menjawab buat beberapa ketika, hati Mama Song tiba-tiba tergerak untuk berkata, "Shuhang, awak tidak cuba pikat kedua-duanya, bukan?"