Setelah menghadapi perjalanan yang berliku-liku, boneka naga perak mencari kawasan terpencil bersebelahan tepi pantai Bandar Wenzhou dan mendarat dengan perlahan-lahan.
Setelah melompat daripada belakang boneka naga perak itu, Song Shuhang terasa kakinya menjadi lemah. Keadaan akrofobianya ini juga semakin teruk. Jika kira letakkan graviti akrofobia seseorang daripada skala 1 hingga 10, tahap akrofobia semasa Song Shuhang berada pada tahap 8.
Song Shuhang dengan diam berjanji tidak akan membiarkan Yu Jiaojiao menyentuh boneka naga perak ini lagi.
Setelah menyimpan boneka naga ini, Song Shuhang memandang Guoguo, Li Yinzhu – yang telah pun menjadi mengantuk tanpa disedarinya – dan dua naga kuda laut di dalam tangki air.
Selepas itu, dia berkata, "Pantai ini nampaknya agak jauh daripada Jalan Baijing. Jadi, kita perlukan kereta untuk ke sana."
"Awak perlukan kereta? Serahkan sahaja kepada saya!" Yu Jiaojiao berkata sambil menepuk-nepuk dadanya.