Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 490 - Teknik Paus Menelan!

Chapter 490 - Teknik Paus Menelan!

"Guoguo masih belum balik?" Song Shuhang bertanya selepas memasuki bilik. Tak ada tanda-tanda si sami kecil itu ada di situ.

Yu Jiaojiao menjawab, "Dia masih perlu baca kitab suci buddha waktu pagi. Menjadi seorang buddha agak menyusahkan, tapi tekad mereka akan menjadi sangat kuat di masa depan."

"Macam tu rupanya." Song Shuhang mengangguk.

Selepas itu, dia memakai rantai emas itu semula dan berkata, "Jiaojiao, saya dah jumpa rahsia rantai ini. Sekarang, saya akan cuba sendiri tenggelam ke dalam ilusi. Boleh awak tolong saya kalau berlakunya sesuatu yang tak dijangka?"

Yu Jiaojiao menjawab, "Sudah tentu, serahkan kepada saya."

Song Shuhang mengangkat rantai emas itu setara dengan matanya dan ketika cahaya matahari yang menembusi melalui tingkap itu menyinarinya, sesuatu tentang rantai itu berubah lagi.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS