Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 473 - Jangan Menyanyi, Kita di Pihak yang Sama!

Chapter 473 - Jangan Menyanyi, Kita di Pihak yang Sama!

Song Shuhang perlahan-lahan membuka matanya.

Kali ini, dia benar-benar telah bangun. Kepalanya sekali lagi botak dan dia masih berasa pening dan sakit.

Di luar, matahari sudah timbul dan hari baru telah bermula.

'Hari ni hari Isnin kan? Jadi, saya akan gunakan nama 'Lelaki Pedang Buddha Mulia'...'

"Oh, dia dah bangun!" Raja Dharma Ciptaan yang duduk di sebelah Song Shuhang, berkata dengan senyuman, rambut hitamnya kelihatan bergaya dan berkilauan.

Song Shuhang menggosok matanya dan berkata, "Eh, Senior Ciptaan? Apa yang awak buat di sini?"

Sekiranya Mahaguru Istana Azimat Tujuh Nyawa, Tuan Muda Pembunuh Phoenix atau Putih Yang Mulia berada di sebelahnya, ia adalah perkara biasa. Tetapi kenapa orang yang menjaganya adalah Raja Dharma Ciptaan?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS