Dua nama dao pertama yang diperiksa oleh Song Shuhang ialah Lelaki Pedang Lengkung Jalan Baijing dan Cendekiawan Gunung Buku. Kedua-dua nama dao tersebut telah menepati cita rasa Song Shuhang.
Bagi nama Mahaguru Agung Pisau Pemotong Daging pula, ia adalah nama pertama yang dipadam.
'Apa benda Biarawan Dao Tertekan, Biarawan Dao Pearple pun ada?! Padam, padam, padam!
'Tuan Muda Penumbuk Buddha? Campuran antara penumbuk pertapa buddha dan tuan muda... jadi, wajah yang cantik dengan badan yang berotot dan besar? Padam, padam, padam!'
Selain daripada dua nama dao yang telah dipilihnya, masih terdapat enam lagi nama dao yang tinggal.
Oleh sebab dia mahu menggunakan tujuh nama dao, dia perlu memadam lagi satu nama.
Penzalim Pedang Lengkung Song Satu, Biarawan Dao Kayu, Lelaki Pedang Buddha Mulia, Cendekiawan Sami Penumbuk, Cendekiawan Pencari Jalan dan Pertapa Mulia...