Song Shuhang masih tertanya-tanya bagaimana untuk menguruskan bangkai sotong raksasa apabila dua belas sinaran cahaya terpancar dari kedalaman laut dan terkena pada badan sotong itu..
Seketika kemudian, badan sotong katak itu mula cair dan sesuatu yang menyerupai manikam kuning muncul dari dalam tubuhnya.
'Apa tu? Kalkuli sotong raksasa?'
Song Shuhang berasa keliru.
Kemudian, manikam kuning itu terpisah sepenuhnya dari badan sotong raksasa.
Song Shuhang dapat melihat melalui mata Tuan Muda Pembunuh Phoenix, terdapat sesuatu di dalam manikam kuning iaitu sepasang pendakap perak. Pendakap perak ini mirip dengan pendakap yang merupakan sebahagian daripada perisai penuh badan yang dipakai oleh pasukan askar berkuda di zaman purba, cuma ia lebih berkilat. Beberapa rune pelik dan corak hiasan telah diukir pada pebdakap itu dan semuanya kelihatan seperti satu seni.