Setelah memandang dengan teliti, orang itu ialah Putih Yang Mulia!
Tidak hairanlah jika tiada nombor pada traktor kendalian tangan itu. lagipun, Putih Yang Mulia bukannya terlibat sebagai peserta, sebaliknya, dia adalah seorang pengadil.
'Habislah saya! Bertembung dengan orang lain pun dah sudah cukup teruk. Namun kini, saya bertembung pula dengan Putih Yang Mulia! Matilah saya!' Pari-pari Dongfang berasa air matanya akan mengalir keluar bila-bila masa.
Mujurlah, Putih Yang Mulia tahu ada yang tidak kena dengan Pari-pari Dongfang.
Sebaik sahaja traktor kendalian tangan milik Pari-pari Dongfang hampir berlanggar dengannya, Putih Yang Mulia menekan brek dan mengelak dengan megah Pari-pari Dongfang yang meluru ke arahnya.
"Janganlah panik, bawa bertenang." Putih Yang Mulia menggunakan suaranya yang lembut untuk menenangkannya.