Apabila diberitahu dia perlu mengawal badan Tuan Muda Pembunuh Burung Phoenix, Song Shuhang berfikir dia perlu mengawalnya dari jauh.
Tidak dia sangka kesedarannya akan terus masuk ke dalam badannya!
Seolah-olah itu tidak mencukupi, badannya sendiri macam sedang tidur lena kerana tidak sedarkan diri .
Ia hampir terasa seolah-olah jiwanya telah beralih ke badan yang berbeza!
Bagaimanapun, Song Shuhang tahu ini bukan teknik pemindahan jiwa. Jiwanya masih berada dalam tubuh asalnya dan hanya kesedarannya sahaja yang telah terbang keluar dan masuk ke dalam badan Tuan Muda Pembunuh Burung Phoenix.
'Kebolehan yang sangat pelik!' Song Shuhang berfikir kepada dirinya sendiri. Senior-senior Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah adalah pakar-pakar yang hebat dengan kebolehan luar biasa.
❄️❄️❄️