Tuan Muda Pembunuh Phoenix bergerak ke kiri dan ke kanan, mengelak dengan megahnya serangan Doudou.
Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai masa untuk mengejeknya. "Kelajuan roda angin-api ini agak baik, tapi awak fikir saya bermalas-malasan ke ketika pengasingan meditasi beberapa tahun lepas tu? Untuk membuli awak dengan lebih baik, saya bertapa sepanjang masa tau."
'Mungkinkah matlamat kehidupan Tuan Muda Pembunuh Phoenix itu hanya untuk menyusahkan Doudou? Dia bersusah-payah bertapa sehingga pergi ke pengasingan meditasi hanya untuk membuli Doudou?'
"Woof, woof!" Doudou menjadi marah, kelajuannya semakin bertambah.
Walau bagaimanapun, tidak kiralah selaju mana Doudou cuba memecut, Tuan Muda Pembunuh Phoenix masih lebih laju daripadanya.
Kelajuan mereka sangatlah pantas, Song Shuhang hanya dapat melihat imej tinggal mereka berdua sahaja.