'Tidak! Saya tidak mahu menerimanya!
'Bukankah ia 'teknik pedang' yang biasa? Saya tak percaya yang saya tidak boleh memahaminya!' Song Shuhang membuka matanya luas-luas sekali lagi sambil melihat dengan cermat setiap satu perincian yang dia jumpa di atas empat lukisan itu.
Bak kata pepatah, 'semuanya akan datang kepada orang-orang yang sabar.' Kali ini, pemandangan di depan mata Song Shuhang telah berubah.
Dia melihat... dia melihat beratus-ratus Bulu Lembut menunjukkan kemahiran pedang mereka...
Ia adalah adegan Bulu Lembut yang sedang mengacukan pedangnya. Terdapat 108 variasi pedang yang bersatu bersama, melahirkan empat gaya pedang yang unik. Bulu Lembut yang banyak itu terus begemerlapan di depan mata Song Shuhang sehingga membuatkan pandangannya menjadi kabur.
'... Saya sedang berhalusinasi ke?'
Song Shuhang menggosok matanya.