"Apa?" Apabila mendengar jeritan Bulu Lembut, Song Shuhang terburu-buru menundukkan kepalanya dan melihat dadanya... selepas itu, dia melihat versi lut sinar dirinya yang kecil cuba keluar dari badannya.
Dia mempunyai wajah yang sama dan kepala botak juga pakaian pada badannya sama. Tambahan pula, pakaian Song Shuhang mini itu juga telah dikotori darah.
Itu Song Shuhang versi kecil!
"Eh?" Song Shuhang terperanjat... 'Celaka, apa ni?'
Dia secara separuh sedar menggapai dengan tangannya dan menyentuh 'Song Shuhang mini' lut sinar itu.
Ugh!
Sebaik sahaja dia menyentuh kepala Song Shuhang mini itu, dia dapat rasakan sensasi sejuk beku pada tangannya. Rasanya seperti menyentuh kepala patung yang diperbuat daripada getah.
Sejurus selepas itu, Song Shuhang rasakan seolah-olah seseorang menyentuh kepalanya sendiri.
Perkongsian deria?