Song Shuhang mencangkung dan mengutip salah satu serpihan perisai itu.
Pada awal tadi, dia melihat perisai itu telah dicipta daripada lumuran darah. Tetapi sekarang, selain daripada warna, ia sama sekali tidak ada kaitan dengannya! Ini sesuatu yang serupa dengan alkimia!
Song Shuhang rasakan ia agak menarik. Oleh itu, dia bertanya, "Senior Roh Kupu-kupu, serpihan ini berguna ke untuk awak?"
"Tak. Selepas perisai pecah, semua tenaga pelik di dalamnya tersebar. Ia kehilangan semua nilai penyelidikannya," Roh Kupu-kupu Yang Mulia menjawab secara santai.
Song Shuhang bermain dengan perisai di dalam tangannya dan bertanya dengan suara yang merdu, "Oh, boleh saya ambil serpihan ini?"
Roh Kupu-kupu Yang Mulia tersenyum dan berkata, "Boleh."