"Ini peluang keemasan!" Tuan itu bergembita.
Pada masa ini, dia hanya berada sejauh lima puluh kilometer daripada Keluarga Chu. Jika dia menggunakan khazanah magis yang membolehkan seseorang bergerak dalam kelajuan bunyi, dia akan sampai ke wilayah Keluarga Chu dalam lebih kurang tiga minit!
"Nampaknya 'teknik pedang' milik Keluarga Chu ditakdirkan untuk jatuh ke tangan saya." Tuan itu merangkak keluar daripada kolam darah dan melambaikan tangannya. Sejurus selepas itu, gergasi ganas berwarna hitam keluar dari dalam gua itu.
Gergasi liar ini muncul dalam bentuk naga barat. Ia berbentuk cicak dengan dua tanduk melengkung di kepalanya dan dua sayap di belakangnya.
Walau bagaimanapun, naga barat ini tidak hidup. Ia hanyalah boneka berbentuk gergasi yang boleh terbang.