"Oh, itu! itu semua barang-barang lebihan. Saya tidak boleh letakkannya kembali ke dalam peluru berpandu itu sekarang, boleh jadi ia rosak ketika proses membongkar tadi... tapi awak tak perlu risau! Saya telah menggunakan formasi ringkas untuk menggantikan fungsinya. Tidak akan ada masalah!" kata Putih Yang Mulia dengan puas hati ketika menepuk peluru berpantu yang baru dipasang semula. Kemudian, dia juga berkata dengan suara yang perlahan kepada Song Shuhang, "Tambahan pula, saya juga telah menambah dua formasi jenis serangan untuk kepala peluru berpandu itu. jika peluru berpandu itu meletup, selain kerosakan yang berpunca daripada letupan, ia boleh menyebabkan kerosakan daripada letupan kilat yang berkuasa juga. Sekejap lagi, apabila kita jumpa ibu pejabat Sekta Syaitan Infiniti, kita akan uji kekuatannya."
Song Shuhang ketakutan...