"Rakan Dao… awak tersilap orang," Pari-pari Laici menjawab dalam keadaan separuh sedar, "Saya bukan Mahaguru Abadi Trigram Tembaga, saya Pari-pari Laici."
Ketika itu, apabila cikgunya memberi dia nama dao ini, dia berasa sangat malu setiap kali seseorang memanggilnya dengan nama itu. Tetapi selepas mendengarnya sekian lama, dia mula terbiasa dengannya. Biarlah dia dipanggil Laici. Sekurang-kurangnya, ia lebih baik daripada nama adik juniornya, Pari-pari Nektarin.
"Pari-pari Laici? Ahahaha!" Deng Yima mula ketawa. "Saya tak terfikir awak enggan akui nama dao awak sendiri. Apa-apa pun, alang-alang tu kenapa awak tak gelar diri awak Pari-pari Ceri? Dan kalau awak Pari-pari Laici, saya Biarawan Dao Nenas!"
"Pari-pari Ceri tu adik junior saya dan Biarawan Dao Nenas tu abang senior saya," Pari-pari Laici menjawab dengan tenang.
"..." Deng Yima.