'Apa maksud Song Shuhang pakai buang? Ia ada kaitan ke dengan pedang terbang pakai buang dan pedang meteor pakai buang?'
Setelah terfikir hal ini, Song Shuhang berasa pundi kencingnya penuh – tiba-tiba dia berasa tidak tahan mahu terbuang air kecil...
"Senior... boleh awak jelaskan sedikit kepada saya tentang fungsi 'Song Shuhang pakai buang edisi 001' ini?" Song Shuhang bertanya kerana ingin tahu.
"Jangan bimbang, tiada apa-apa yang keterlaluan pun." Putih Yang Mulia ketawa dan menenangkan Song Shuhang, "Ia adalah tangkal khazanah yang saya buat menggunakan 'Teknik Terbang Melarikan Diri Sepuluh Ribu Batu' sebagai asasnya. Bukankah saya dah beritahu awak semalam yang saya mahu awak berdepan dengan pengalaman 'melompat melalui pagar naga' dengan jayanya? Ini dilakukan untuk tujuan tersebut."