Malam itu berlalu tanpa masalah dan dunia masih damai seperti sebelumnya.
Song Shuhang bangun awal pagi dan menghembuskan nafasnya yang berbau.
Senior Putih tidak mencari Shuhang untuk menghukum dia dengan terjun lelabah yang ekstrem... mungkin kelmarin dia membuat keputusan untuk menukar gaya rambutnya dan tidak tahu apa-apa tentang perkara itu?
Jauh dalam sudut hatinya, Song Shuhang berharap ia menjadi satu kenyataan.
Ini adalah mentaliti burung unta— apabila burung unta ditolak ke satu sudut, ia akan menyembunyikan kepalanya di bawah pasir. Ia yakin jika tidak dapat melihat musuh, musuh juga tidak dapat melihatnya. Inilah mentaliti seseorang yang tidak mahu menerima realiti.
Dari semasa ke semasa, manusia pun akan berkelakuan seperti ini. Mereka akan cuba mencari alasan dan kemungkinan yang tidak wujud untuk memujuk diri sendiri dan berasa lebih selamat.