Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 330 - Mahaguru Abadi Trigram Tembaga

Chapter 330 - Mahaguru Abadi Trigram Tembaga

Suara Serigala Satu agak dingin; dia berasa tidak sedap hati bila tidak menerima apa-apa balasan daripada Paus Lapan. 

Pada masa ini, Paus Lapan tidak boleh bergerak atau bercakap disebabkan oleh teknik Putih Yang Mulia...

"Paus Lapan, balaslah! Janganlah main-main, kita tiada masa lagi! Bunuh gadis itu jika awak tak dapat tangkap dia. Kita tak boleh biarkan dia terlepas!" Serigala Satu bercakap dengan nada yang tegas – dia tahu Paus Lapan mempunyai magis untuk memeluk gadis comel sehingga mati. Oleh itu, dia takut Paus Lapan akan memusnahkan segalanya ketika sedang berseronok.

Namun, seperti sebelumnya, Paus Lapan masih tidak membalas...

"Celaka! Paus Lapan, jika awak rosakkan misi kali ini, saya akan cari awak dan pukul awak cukup-cukup hingga awak tak boleh lupa seumur hidup awak!" Serigala Satu menjerit sejurus selepas dia meletakkan telefon.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS