Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 300 - Mimpi Ngeri Zhuge Zhongyang!

Chapter 300 - Mimpi Ngeri Zhuge Zhongyang!

Song Shuhang membeliakkan matanya dan memandang Zhuge Yue yang bersaiz anak patung itu lalu bertanya, "Apa yang terjadi?"

"Song Shuhang!" Apabila dia ternampak Shuhang, dia merangkak dari bawah pokok dan terus lari ke arahnya dengan kaki yang pendek.

Shuhang membongkok dan memeluk Zhuge Yue yang sedang ketakutan. Pada masa yang sama, dia menjeling Sembilan Tanglung. Walaupun dia sedang berdiri di sebelahnya, tapi seolah-olah Zhuge Yue langsung tidak dapat melihatnya.

"Apa dah jadi?" Song Shuhang memegangnya Zhuge Yue bagaikan kanak-kanak lalu menepuk belakang badannya.

"Sob, sob… ia sangat menakutkan." Zhuge Yue teresak-esak semasa dia mula menerangkan. "Macam ni… selepas kemalangan, apabila saya dan abang terbangun, kami ada di tengah-tengah hutan dengan dua penumpang lain. Selepas itu, kami berempat buat keputusan untuk bekerjasama dan keluar dari tempat ini. Harapan kami untuk jumpa bangkai kapal terbang dan penumpang-penumpang lain.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS