Titik cahaya hijau yang memancarkan cahaya keemasan?
Song Shuhang tiba-tiba mendapat firasat yang buruk— ia bukan pulau misteri itu kan?
Semasa dia sedang memikirkannya, kata-kata Gao Moumou yang seterusnya telah mengesahkan tekaannya.
"Ia semakin dekat dan dekat, saya dapat melihat dengan jelas... pulau kecil?" Mata Gou Moumou terbelalak, dia cepat-cepat menggosok matanya sebelum tertawa pahit dan berkata, "Pulau kecil itu... seolah-olah terapung di langit? Seperti yang disangkakan, pastinya saya sedang berhalusinasi, kan ?
Tubo berpura-pura senyum dan berkata, "Ia memang sebuah pulau kecil."
Yayi pula menjawab, "Ia sememangnya terapung di langit."
Song Shuhang tergamam.
Ini menipu namanya... pada mulanya, dia terfikir adakah dia akan menjumpai 'pulau misteri' semasa dalam perjalanan ke Laut China Timur ini, paling tidak pun, dia tidak akan memasukinya dan semuanya akan baik-baik sahaja!