'Arahan kejar dan bunuh' palsu oleh Sekta Syaitan Infiniti ini hanyalah sebagai umpan yang Tuan Muda Hai gunakan untuk menarik minat 'lelaki bertopeng' dan mendesaknya untuk menyerang Song Shuhang...
"Huh... awak boleh gunakan sedikit otak awak, awak tahu tak? Awak benar-benar fikir yang sekta itu akan menggunakan kertas putih normal untuk arahan kejar dan bunuh? Hahaha..." Tuan Muda Hai mengoyakkan 'arahan' Sekta Syaitan Infiniti di badan lelaki gemuk pertengahan umur yang sedang dikawal olehnya.
Kemudian, dia meregangkan tangannya dan mengambil penyepit rambut kecil di belakang kepala lelaki itu, perlahan-lahan menariknya keluar.
Sejurus selepas penyepit rambut emas itu tertanggal, hubungan antara dia dan lelaki pertengahan umur itu terputus.