Meteorit itu seolah-olah mempunyai GPS yang menyasarkan ke arah Song Shuhang. Ia semakin dekat dan dekat.
Song Shuhang merenung meteorit itu dan cuba mengagak dengan pantas ke mana ia akan jatuh.
Kemudian,matanya terbuka luas!
'Adakah aku sedang berhalusinasi?' Song Shuhang menggosok matanya. Dia boleh bersumpah dia ternampak susuk tubuh manusia di bawah meteorit itu.
Oleh itu, dengan berhati-hati dia memandang meteorit itu dan menghidupkan tenaga qi dan darah dalam matanya, menjadikan penglihatannya bertambah jelas.
Dia tidak tersilap! Memang ada seseorang di bawah meteorit itu.
Tambahan pula, itu adalah seseorang yang dia kenal— Song Shuhang baru sahaja terfikirkan dia. Itu adalah Biarawan Dao Kabus Mendung yang sama seperti yang telah dikunci oleh Raja Agung Gunung Kuning menggunakan Teknik Pengunci Gunung Lima Jari.