Sepanjang perjalanan, Song Shuhang merasakan pandangan orang-orang di sekitarnya tertumpu pada mereka dan gerak hatinya mungkin benar!
Tidak kira siapapun, selepas mereka ternampak traktor dan pemandunya, mereka terus melekatkan pandangan terhadap mereka.
Orang yang memandu traktor itu adalah Putih Yang Mulia. Dia menyerupai makhluk abadi yang keluar dari sebuah lukisan. Dia kelihatan sangat kacak. Apabila orang lain melihatnya, mereka merasakan dialah sebabnya wujud perkataan cantik, tampan dan kacak. Tidak, bahkan kata-kata ini tidak mencukupi untuk menggambarkan ketampanannya!
Lelaki ini yang seolah-olah telah keluar dari sebuah lukisan ini menunjukkan wajah yang teruja. Tangannya diletakkan di atas stereng dan tubuhnya bergoyang mengikut getaran yang dihasilkan oleh traktor itu. Dia kelihatan sangat gembira.