Kita tidak boleh menyalahkan pegawai polis ini kerana telah membuat kesimpulan sedemikian.
Sekiranya mereka mengatakan pemandu itu adalah seekor anjing husky, mungkin kita akan percaya. Lagipun, dengan saiz dan sifat semula jadi anjing itu, tidak mustahil bagi seekor anjing husky untuk masuk dalam kereta dan menghidupkannya. Lagipun, manusia menggunakan anjing husky untuk tujuan yang sama iaitu menarik kereta luncur. Terdapat perbezaan yang tidak masuk akal di antara kereta biasa dengan kereta luncur.
Tetapi jika mereka mengatakan ia seorang anjing peking... di mana kita boleh temui seekor anjing peking yang sebesar itu? Jadi sebab itulah penjelasan yang paling masuk akal adalah ada orang yang memakai topeng anjing peking sedang berlumba di jalan raya. Itulah satu-satunya penjelasan yang paling masuk akal!
❄️❄️❄️
Song Shuhang cuba untuk tidak tercekik mi yang dia sedang makan itu.