Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 194 - Kali Ini, Adakah Saya Sudah Rosakkan Rancangan Kita?

Chapter 194 - Kali Ini, Adakah Saya Sudah Rosakkan Rancangan Kita?

'Tak guna. Sekiranya saya tidak tidur terlalu lama kerana pengunci bodoh itu di tanah perkuburan, saya tidak akan menjadi selemah ini,' kata jeneral hantu kepada dirinya sendiri. Dikalahkan oleh pertapa licik kecil di yang masih berada di Tahap Satu itu sememangnya agak memalukan.

Song Shuhang diam-diam mengepalkan penumbuknya, susah juga tu! Walaupun ia semakin lemah, kekuatan jeneral hantu dapat dibandingkan dengan pertapa Tahap Dua. Jika seseorang membandingkannya dengan perisai, kekuatannya hampir sama seperti pintu besi yang Song Shuhang telah cuba musnahkan untuk mendapatkan patung Raja Agung Putih sebelum ini.

Setelah menstabilkan dirinya sendiri, jeneral hantu itu marah pada Song Shuhang, "Hei budak, adakah awak benar-benar mahu menjadi musuh kami?"

"Haha," Song Shuhang ketawa. Tangannya berubah menjadi cakaran naga dan Penumbuk Asas Nombor Tiga meledak kemudian meluru ke arah jeneral hantu dengan kuasa penuh.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS