Permulaannya, seseorang perlu tumpukan kuasa qi dan darah pada jari telunjuknya dan lukis karakter 雷 pada tapak tangannya yang lain. Selepas itu, dia perlu mencurahkan tenaga mental ke dalam karakter itu dan aktifkan kuasa qi dan darah di dalam. Selepas menjerit 'Tapak Tangan Kilat', kilat akan muncul di tengah-tengah tapak tangan!
Lagipun, karakter 雷 agak mudah untuk dilukis. Ia hanya terdiri daripada tujuh stroke yang tidak begitu susah.
Bunyi macam senang, kan?
Tetapi, jika seseorang mahu menggunakan Tapak Tangan Kilat dengan betul… mula-mula, dia perlukan jumlah qi dan darah yang cukup di dalam tubuh mereka. Kemudian, dia perlu lukis karakter kilat itu pada satu tangan dan mengaktifkannya menggunakan tenaga mentalnya.
Jika tidak, mereka boleh melupakannya.