Song Shuhang menghadapi peperiksaan dengan lancar pagi itu, seperti biasa.
Disebabkan dia ada masa yang lapang, dia membuka Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah untuk tengok-tengok.
Di dalam rekod sembang, terdapat swafoto yang dihantar oleh Pari-pari Laici yang sangat cantik sehingga tiada perkataan dapat menggambarkannya. Dia nampak seperti telah berpindah ke gua abadi yang baru hari ini. Oleh itu dia mengambil banyak swafoto dan setiap satunya menawankan mata dan juga hati.
Di bawahnya dipenuhi pujian daripada senior yang berada di dalam talian.
Tetapi tanpa kehadiran Angkatan Banjir, iaitu Pertapa Bebas Sungai Utara dan Pendekar Berang Melulu Tiga, Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah telah menjadi lebih senyap kebelakangan ini.
Setelah Song Shuhang masuk talian, Raja Agung Gunung Kuning terperasan kehadirannya dengan segera.