Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 186 - Apabila Rambut Awak Sampai ke Pinggang, Sudikah Awak Berkahwin dengan Saya?

Chapter 186 - Apabila Rambut Awak Sampai ke Pinggang, Sudikah Awak Berkahwin dengan Saya?

Putih Yang Mulia berada di dalam meditasi mendalam dan begitu asyik dengan pertapaan sehingga dia tidak perasan apa yang sedang berlaku di sisinya!

Pada masa ini, Putih Yang Mulia sedang duduk di tengah-tengah gurun yang luas dan di tepinya termuncul imej yang kelihatan seperti sekumpulan hologram 3D.

Terdapat gambaran tempat pertapaan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik, imej raksasa yang berbentuk ganjil, gambaran pertarungan sengit yang berlaku di antara pertapa yang berkuasa dan pelbagai jenis khazanah ajaib yang bermisteri.

Imej-imej ini bergerak sepintas lalu di depan Putih Yang Mulia tetapi mereka juga hilang dengan cepat.

Di luar bulatan yang mengelilingi hologram 3D itu merupakan gurun yang luas dan pinggirnya tidak kelihatan. Berikutan perubahan fikiran Putih Yang Mulia, gurun tersebut menjadi semakin besar…

Dia boleh mencipta atau menghapuskan pelbagai dunia dengan hanya satu fikiran!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS