Disebabkan Enam Belas cedera, dia tidak dapat mengejar bebola asap, anjing, dan pak cik yang sudah semakin jauh itu. Dia hanya boleh mengetap giginya dan menelefon Tujuh dengan menggunakan telefon bimbit Song Shuhang—'Tujuh, cepatlah jawab!'
Di langit, Raja Syaitan Anzhi yang telah bertukar menjadi bebola asap sedang dikejar oleh seekor anjing Peking raksasa; entah dari mana datangnya tetapi ia sangat kuat.
Raja Syaitan Anzhi sangat muram sebab anjing Peking raksasa ini tiba-tiba menyerangnya sebaik sahaja ia datang , walaupun dia tidak mengganggunya. Tambahan lagi, kekuatan mereka agak setaraf semasa mereka bertembung tadi!
Dia berasa meskipun dia telah menggunakan semua kebolehannya, dia masih memerlukan pertarungan besar yang akan mengambil masa beberapa hari sebelum mampu menewaskan anjing raksasa ini. Lagipun, dia sendiri tidak tahu jika ia mempunyai teknik kecil yang tersembunyi.