Song Shuhang melangkah ke belakang dan mengangkat kepala untuk memandang nombor wad—No. 570!
Dia mengenang kembali semasa Doktor Li menyebut tentang pesakit yang membingungkan dia; pesakit yang tidak mempunyai tanda-tanda kecederaan luar, tetapi organ dan bahagian lain di dalam tubuh mempunyai kesan pengkarbonan. Pesakit istimewa itu berada di dalam Wad No. 570.
Tidak dapat diduga, kecederaan yang pelik, dan identiti yang berkaitan dengan Tujuh Dari Puak Su.
Nampaknya orang itu adalah Enam Belas Dari Puak Su yang telah menjalani tribulasi dalam Bandar H, dan melarikan diri dari rumah. Kecederaan peliknya yang menunjukkan dia tidak apa-apa di luar tetapi terhangus di dalam sepatutnya disebabkan oleh tribulasi guruh pada 1 Jun.
Maafkan Song Shuhang kerana tidak terfikirkan semua ini dari awal; dia tidak pernah terfikir Enam Belas Dari Puak Su rupa-rupanya seorang perempuan!