"Bukankah Enam belas tercedera?" Pertapa Bebas Sungai Utara berasa curiga.
Tujuh dari Puak Su mengeluh, "Saya pergi mencari penawar untuk merawat kecederaan Enam belas. Apabila saya kembali ke pangkalan Puak Su hari ini, saya dapat tahu yang Enam belas hilang. Ada yang berkata selepas saya keluar dari pangkalan beberapa hari lepas, Enam belas melarikan diri tidak lama selepas itu."
Pertapa Bebas Sungai Utara terkejut. "Dia MElarikan diri? Ada ramai orang di dalam Puak Su itu, takkanlah tak ada siapa yang boleh jaga Enam belas?"
Tujuh dari Puak Su menjawab dengan nada yang merendah diri kerana berasa malu.
"Enam belas melarikan diri melalui terowong rahsia yang saya pernah guna. Lagi satu... apabila mereka dapat tahu yang Enam belas hilang, tiada siapa tahu dia lari ke mana. Kami sudah cari dia selama beberapa hari dan tidak dapat menemuinya."