Siapa pula pertapa berpakaian putih ini? Kenapa tiba-tiba dia muncul di dalam adegan Ucapan Pendeta Pemikir milik Pendeta Pemikir Mendatar ini? Lagipun, daripada apa yang dia katakan tadi, dia kelihatan berada di hujung-hujung sebelum berdepan dengan tribulasinya. Jika itulah halnya, apa tribulasi yang akan dihadapinya – tahap apa? Dalam kalangan pelbagai pengamal dalam alam semesta, terdapat agak ramai pertapa yang tidak kenal Putih Yang Mulia, sebab itu mereka tertanya-tanya.
Tambahan pula, pertapa berpakaian putih itu berkata: [Saya sedang bertapa semasa saya mendapat ilham secara tiba-tiba. Oleh itu, saya keluar daripada tribulsi syurgawi saya dan kembali apabila selesai.]
Bukankah dia terlalu bersahaja di sini? 'Tribulasi syurgawi' bukanlah mainan kanak-kanak dan seseorang tidak boleh menguasainya hanya kerana mereka berharap untuk melakukan sedemikian!