Sejak zaman purba lagi, terdapat Pendeta Pemikir yang telah menggunakan 'Ucapan Pendeta Pemikir' untuk melamar kekasihnya.
Pertama sekali, ketika pertapa mencapai Alam Pendeta Pemikir, mereka tidak lagi kekurangan 'harta, pasangan, teknik dan tanah'. Kedua, 'Ucapan Pendeta Pemikir' merupakan peluang terbaik untuk mengumpulkan kemuliaan. Lebih tinggi 'kemuliaan' seseorang, lebih tinggi peluang mereka untuk menguasai tribulasi syurgawi Tahap Sembilan nanti. Oleh itu, sejak zaman purba lagi, tidak perna ada Pendeta Pemikir yang melepaskan peluang untuk memberikan 'Ucapan Pendeta Pemikir'.
Hanya Song Shuhang dan kawan-kawannya sahaja yang boleh mendapat peluang istimewa ini terlebih dahulu. Kenyataannya, Abadi belum lagi mencapai Tahap Lapan dan 'Ucapan Pendeta Pemikir' ini merupakan sesuatu yang didapati secara percuma untuknya. Peluang yang tidak diusahakan dengan gigih oleh seseorang, biasanya mereka tidak menghargainya dengan baik.