Kenyataan yang dia memegang kepalanya sambil mencangkung dengan pengecut semasa 'menunjukkan kedewaannya di depan semua orang', ia tidak memberi apa-apa makna pun kepada dirinya. Pada pendapatnya, seorang pertapa perlulah berfikiran luasa. Jika mereka tidak boleh terima ditempatkan dalam postur yang pengecut, bagaimana mereka boleh bertapa?
... Sudah tentulah, pandangan sebegini hanya sesuai dengan seseorang seperti Abadi, yang wataknya agak bersahaja dan selamba.
Setelah itu, Abadi mendongak kepalanya dan muncul di dalam adegan 'Ucapan Pendeta Pemikir', penuh dengan keyakinan. Berbanding dengan Mahaguru Istana Azimat Tujuh Nyawa yang tidak senang, Abadi sememangnya lebih tenang.
Seterusnya, tubuhnya menggeletar sedikit.
[Ucapan Pendeta Pemikir: Abadi, tolong mulakan persembahan awak!]
Pandangan semua pengamal di alam semesta terus mengarah kepada Abadi.