Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 759 - Transformasi Kedua

Chapter 759 - Transformasi Kedua

Tengah hari keesokan harinya, Roland menerima laporan keupayaan Sharon. 

"Cepatnya." Dia mengangkat keningnya semasa Wendy memberikannya kertas ujian. "Adakah dia menerima kenyataan bahawa dia seorang ahli sihir sekarang?"

"Ya, dan lebih tenang daripada apa yang kita jangkakan." Wendy tertawa apabila dia teringat kembali perjumpaan malam tempoh hari. "Patik perlu mengakui, ibu bapanya membesarkan dia dengan baik."

"Hmm…" Roland juga berasa bangga. Dalam zaman ini, seseorang yang mempunyai perasaan bertimbang rasa seperti ini sudah dianggap sebagai perintis. Mungkin, ini caranya sejarah tercipta. Apabila kepercayaan diwarisi daripada generasi ke generasi, lebih ramai orang akan dijiwai dengan aspirasi yang sama dan apabila jumlah itu sudah mencapai satu tahap yang tertentu, dunia akan mengalami perubahan yang luar biasa.

Seperti kata pepatah, percikan api yang kecil boleh menyebabkan api yang marak.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS