Setelah orang-orangnya membuka kota kayu tersebut, dia ternampak "hadiah" di dalamnya.
Hadiah itu merupakan sebuah keranda.
Sebuah keranda yang diukir dengan kemas.
Keranda ini dikelim dengan timah keemasan yang mewah, dengan cat lakuer yang cantik. Corak pada penutup keranda merupakan cemeti hitam yang pendek, sama seperti lencana suku Cemeti Besi.
Rubaka Bloodwhip terkaku seketika sebelum menyeringai.
"Ini sahaja? Saya ingatkan mereka akan memberikan saya sesuatu yang lebih menakutkan berbanding ini." Dia menngelengkan kepalanya. "Saya mengharapkan kepala, telinga ataupun kulit manusia… seperti mana Kota Pasir Besi kebiasaannya mengawal perkara seperti ini. Sebuah keranda? Rantau Jangkau Selatan tidak memerlukan sesuatu yang remeh seperti ini!"