Roland yakin yang itu hanyalah spekulasinya sendiri.
'Beta tidak boleh membuat kesimpulan hanya berdasarkan maklumat dari tamadun bawah tanah kerana isi kandungannya masih perlu disahkan. Sebagai contoh, tamadun bawah tanah merasakan yang mereka telah berjaya terselamat dalam beberapa siri pertempuran, tetapi bagaimana dengan pihak lawan mereka yang mungkin pandai menggunakan kuasa sakti? Di mana mereka meninggalkan jejak? Bagaimana dengan umat manusia? Adakah ahli sihir muncul dahulu sebelum Peperangan Ketuhanan yang pertama atau mungkin manusia yang berbakat dalam mengesan sihir semasa mereka masih lagi primat atau di permulaan zaman mamalia?
Mungkin, umat manusia di dunia ini tidak mengalami proses evolusi yang sangat panjang. Mungkinkah mereka terus menjadi seperti apa mereka sekarang melalui mutasi setelah mendapatkan kemenangan?'