Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 69 - Pembuatan Meriam

Chapter 69 - Pembuatan Meriam

Empat hari kemudian, sebuah bilik penempaan dibina di tanah belakang Lombong Cerun Utara.

Dua lubang yang dalam digali, setiap satunya berbentuk bulat dengan bukaan sempit dan dasar lebar. Bukaannya bergaris pusat kira-kira 20 sentimeter sementara dasarnya pula lebih besar iaitu 26 sentimeter. Roland mahu menggunakan lubang ini sebagai acuan. Lubang ini sudah dibakar hingga keras oleh Anna dan permukaan tanah dalamnya dimendakkan sehingga berkerak lalu menjadi seperti kelongsong luar. Lubang itu menghadap ke bawah agar acuan dinding lebih bermutu tinggi boleh didapati semasa tuangan nanti. Jika lubang itu dibuat lebih tinggi, lebih banyak sanga dan gelembung akan dihasilkan. Semua saiz lubang itu dianggarkan berdasarkan saiz peluru kerana Roland seperti teringat meriam enam paun dan lapan paun dinamakan begitu sempena berat pelurunya. Jadi beberapa ketul bebola besi 12 paun dikeluarkan, dan garis pusat bebola itu ditambah dengan ketebalan dinding laras digunakan untuk menghitung garis pusat acuan.

Roland memutuskan untuk menentukan nilai piawainya sendiri kerana dia tiada sebarang alat pengukuran. Dia mengukur satu bahagian dengan kelebaran jari manisnya dan menetapkan ini sebagai ukuran satu sentimeter. Dia menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan beberapa saiz palang besi dan mengukir setiap unit sentimeter itu di atasnya secara berkala.

Sebiji bebola besi 12 paun bergaris pusat kira-kira 12 sentimeter. Roland menetapkan kelebaran dinding ternipis adalah sebanyak empat sentimeter. Dinding di dasar lubang itu mempunyai kelebaran sebanyak tujuh sentimeter untuk mengelakkan letupan tanpa sengaja. Dengan cara ini, mereka mendapat ukuran garis pusat acuan. Bagi kepanjangannya pula, walaupun Roland tahu sesebuah meriam diukur berdasarkan kaliber, dia tidak begitu ingat dengan kaliber meriam kapal perang dan kereta kebal. Untuk senjata antik pula, dia tidak tahu langsung.

Roland turut mengambil kira tiub lebih pendek bukan sahaja akan menjadi lebih ringan, tetapi ia akan turut menjimatkan kos dan mengurangkan jumlah bahan mentah yang diperlukan. Jadi Roland menganggarkan ukuran satu setengah meter, dan jika hasil ujiannya tidak memuaskan, ukuran ini boleh diubah suai nanti.

Sewaktu awal penciptaan meriam, ia diperbuat daripada besi melingkungi teras kayu dan dikeraskan dengan serbuk besi. Selepas itu ia diperkukuhkan dengan gelung besi sebelum teras itu hangus sepenuhnya dalam lubang gerek itu, seperti dalam simpanan laras juga. Roland tahu meriam jenis ini ada risiko tinggi untuk meletup tanpa sengaja kerana percikan api ke arah serbuk api, jadi dia memutuskan untuk menggunakan acuan penuh dan proses pengorek dengan mesin pengorek. Jentera pengorek berkuasa wap itu boleh mengorek meriam 12 paun semudah meriam 6 paun.

Roland juga percaya kaliber senjata berkadar dengan berat jenayah, jadi dia memilih meriam 12 paun dengan muncung lebih besar dan laras lebih tebal. Jika lebih besar daripada itu, ia akan menyukarkan penggunaan di meran perang. Berat peluru tidak penting untuk dikira, sama ada berdasarkan tembakan atau berat bebola itu, asalkan ia boleh ditembak keluar. Lagipun Roland hanya menjadikan sejarah sebagai rujukan, bukan mahu menirunya bulat-bulat.

"Ayuh kita mula," kata Roland kepada Anna sambil mengambil nafas dalam. Anna mengangguk, mengambil seketul jongkong keluli dan menggantungkannya di atas lubang acuan itu. Dia menyalakan api hijau. Jongkong itu memanas hingga berwarna merah dan kemudian cair lalu menitis ke dalam acuan. Permukaan keluli itu kini berwarna merah dan jingga, terasnya mula bersinar dan cahayanya menyilaukan mata. Bagi melindungi penglihatan ahli sihir itu, Roland menyediakan tempat khas untuk Anna berdiri dekat dengan lubang itu. Anna hanya perlu menganggarkan jaraknya terlebih dahulu, meletakkan tangan di tempat khas dan menghalakan kuasanya ke arah jongkong itu tanpa perlu melihat sekiranya ia betul-betul mencair ke dalam acuan itu.

Semakin lama semakin banyak jongkong keluli terkumpul. Zaman keemasan penghasilan keluli tidak boleh dicetuskan oleh Anna seorang, tetapi dia masih mampu menghasilkan bekalan kecil – jika masalah suhu boleh diselesaikan, pemanasan keluli boleh menghasilkan keluli lebih berkualiti tinggi.

Oleh sebab itu, Roland berani menyuai khusus saiz laras. Dibandingkan dengan laras besi jongkong atau gangsa, laras tuangan keluli jauh lebih kuat. Jika saiznya tidak sesuai sekalipun, ia tidak akan meletup dengan mudah.

Semakin banyak keluli cair mengalir ke dalam acuan dan timbunan jongkong keluli semakin mengecil. Roland agak bimbang melihat itu. Bilalah dia boleh cepat-cepat membina serombong dan relau sebanyak yang boleh di negerinya ini agar dia boleh menghasilkan jumlah keluli tanpa had? Selama ratusan tahun, penghasilan keluli merupakan salah satu kayu pengukur kuasa dan kekuatan sesebuah negara. Sekarang baru Roland faham sebabnya.

Pipi Anna mula merah padam setelah mengisi kedua-dua acuan itu. Roland menyedarinya lalu mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap peluh yang kelihatan di atas hidung Anna. Dahulu Anna tersentak dan mengelak daripada sentuhan Roland, tetapi kini dia sudah biasa dengannya dan membiarkan sahaja Roland mengelap hidungnya sambil dia memejamkan mata.

Rambut hadapannya seakan-akan bercahaya kerana ia memantulkan sinaran daripada cecair keluli itu. Lehernya yang jinjang terdedah, seolah-olah mengundang untuk digigit manja. Roland lebih tinggi daripada Anna jadi dia tercuri pandang tulang selangkanya mengintip keluar dari leher baju. Mereka berada begitu hampir antara satu sama lain sehingga hidung Roland dapat mencium bau wangi tubuhnya yang lembut.

"Ya, baiklah…" Roland menyumbat sapu tangannya kembali ke dalam poket dan cuba menyembunyikan perasaannya. "Cukup untuk hari ini. Kerja awak sangat bagus. Beta akan arahkan tukang masak memberi awak lebih daging stik lada hitam."

'Sabar', Roland memujuk dirinya sendiri. 'Nanti nampak seolah-olah saya mahu ambil kesempatan terhadap dia. Tunggu dahulu sehingga dia benar-benar bebas.'

Anna membuka matanya. Apinya sudah terpadam tetapi pipinya nampak lebih merah menyala berbanding tadi. Dia mengangguk kepada Roland dan berkata perlahan, "Baik."

*******************

Selama beberapa hari seterusnya, Roland berulang-alik antara istananya dengan Lombong Cerun Utara.

Selain laras meriam, dia perlu menghasilkan jumlah mata pengorek yang mencukupi.

Mata pengorek dibuat dengan cara yang sama seperti laras. Garis pusat dan pelurunya sama. Apabila dikeluarkan daripada acuan, Anna akan mencairkannya semula dan tukul digunakan untuk mengetuknya menjadi bentuk dikehendaki. Ia berbeza daripada bentuk pemutar skru dan lebih mirip palang besi tumpul. Satu-satunya kelainan adalah kepalanya ada sedikit rongga untuk mengeluarkan puing besi. Akhirnya mata pengorek itu dicelup ke dalam air untuk mengeraskannya.

Tidak seperti jentera pengorek berkejituan tinggi moden, Roland hanya memerlukan satu batang yang boleh menggerudi lubang. Dengan mengambil kira kadar penggunaan berat dan kerap, dia dan Anna menghasilkan lima mata pengorek ringkas ini dalam seminggu. Sebelum ini, jentera pengorek berkuasa wap telah membuktikan kemampuannya – penghasilkan laras besi jongkong meningkat pantas daripada 2 ketul sebulan ke 10 ketul setiap hari.

Apabila semuanya telah siap, meriam itu dikorek keluar oleh pelombong, kotorannya dibersihkan dan ia dibawa ke bengkel tukang besi.

Pembuatan dua meriam itu hampir menghabiskan bekalan keluli yang dikumpul Roland. Keluli adalah komoditi yang sangat bernilai. Semasa pengangkutannya, putera itu mengarahkan Carter dan dua orang kesateria mengawalnya sepanjang perjalanan. Ketua kesateria itu merasakan langkah ini sia-sia sahaja. Siapa mahu cuba mencuri benda seberat itu?

Tukang besi akan meratakan bentuk dan menggilap permukaan meriam itu mengikut permintaan Putera Roland. Selepas digilap, ia diangkut semula ke laman belakang istana. Sekarang ada dua batang laras meriam bewarna kelabu gelap dan berkilat-kilat.

Roland sudah tidak sabar mahu memasang mata pengorek dan menyiapkan meriam itu bersama Carter. Hujung mata itu mesti ditempatkan betul-betul di tengah laras keluli padu itu.

Roland menarik laras enjin wap itu bagi memulakan saat bersejarah ini. Mata pengorek mula bergerak perlahan dan tidak lama kemudian ia bergerak mengikut kelajuan sekata.

"Ayuh!" jerit putera itu.

Ketua kesateria mengawal gelincir tapak jentera itu untuk mengelakkan mata pengorek itu mengorek terlalu dalam. Apabila hujungnya menyentuh laras itu, desingan nyaring yang dihasilkan tiba-tiba menenggelamkan deruman enjin wap itu. Lemak haiwan digunakan sebagai pelincir yang dimasukkan ke dalam lubang itu, jadi selepas itu buih hitam dan gulungan besi mula membuak-buak keluar dari lubang yang dikorek. Ahli-ahli sihir lain menjauhi tempat itu, kecuali Lightning. Dia melihat jentera garang hitam legam itu seolah-olah ia pemandangan paling indah pernah dilihat dalam hidupnya.

Related Books

Popular novel hashtag