Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 662 - Benteng Pertahanan

Chapter 662 - Benteng Pertahanan

Setelah menghabiskan masa dua hari dalam Dunia Mimpi, Roland membuka mata dan melihat bumbung kelabu istananya sekali lagi.

Dia menghulurkan tangannya sambil meregang-regangkan jari-jemari. Dia rasa keadaan tubuhnya sama sahaja dengan tubuhnya semasa dalam Dunia Mimpi, kecuali tanpa deruan tenaga itu. Mujurlah dia boleh keluar dari Dunia Mimpi itu semudah tidur sahaja kerana jika tidak, dia tidak akan dapat membezakan antara realiti dan fantasi lagi.

'Bolehkah otak manusia mencipta dunia yang sebegitu terperinci dan realistik?'

Itulah yang membuat Roland takjub sehingga sekarang.

Ditambah pula dengan pusaran bintang-bintang seperti Taufan Sakti itu pula. Walaupun Roland tidak pernah melihat rupa kuasa sakti yang sebenar, jika Kuasa Kendiri dibentuk mengikut kuasa sakti, sepatutnya semua benda dalam Dunia Mimpi itu nampak kabur.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS