"Ini kali pertama awak nampak sesuatu seperti ini?" Rene menghampiri Summer dengan riak wajah risau. "Mungkin awak patut keluar dan ambil udara segar dulu."
"Tak apa. Te... Terima kasih." Apabila melihat Nightingale terus bertinggung untuk memerhatikan mayat itu, Summer menolak pelawaan Rene. Kalau Nightingale boleh tahan dengan pemandangan yang mengerikan ini, dia juga mesti kuatkan diri. Summer berkata lagi, "Saya sudah rasa lebih baik sekarang."
"Bila dia ditemui?" Nightingale pula mencelah.
"Pagi tadi. Penduduk berhampiran ternampak mayat ini semasa mereka keluar mahu ambil air. Masa itu matahari belum terbit. Pintunya terbuka luas seperti sekarang, seolah-olah pembunuhnya sengaja mahu umumkan kematiannya kepada orang ramai," jawab Rene. "Kalau dulu, kami akan hanya dapat tahu tentang ini selepas dua atau tiga hari. Tapi Dewan Perbandaran sudah tawarkan ganjaran untuk maklumat, jadi sebab itu kejadian ini dilaporkan dengan pantas."