Menjelang waktu senja, kapal itu tiba di pelabuhan sungai pendalaman berhampiran Kubu Longsong.
Petrov sudah tahu tentang ketibaan mereka jadi dia dan beberapa orang pengikutnya sudah menunggu untuk menyambut rombongan dari Pekan Sempadan ini. Setibanya mereka di istana Petrov, sebuah jamuan besar-besaran sedang menunggu mereka di dewan besar di tingkat pertama. Selepas mengambil alih Kubu Longsong, cara pemikiran Roland juga sudah turut berubah. Semasa melihat orang-orang bangsawan saling berlaga gelas dan mengucap selamat, dia syak perbelanjaan untuk jamuan ini tentu diambil daripada belanjawannya sendiri.
Selepas memberi ucapan ringkas dan disambut secara rasmi oleh anak sulung Keluarga Melati Belanda, dia membiarkan mereka meneruskan keraian dan Roland tidak berlengah-lengah lagi lalu bertanya, "Jadi Tikus-tikus Lorong Hitam sudah mengganas kembali?"