...
Semasa Roland melangkah masuk istana yang berkecamuk itu, dia mendapati Petrov dan Earl Shalafi Hull sudah melutut di tengah-tengah balai penghadapan bagi menyambut ketibaannya.
Semua mayat yang bergelimpangan di atas lantai telah dialihkan, tetapi bau hamis darah masih memenuhi ruang itu. Perabot pecah dan hiasan yang berkecai masih bertaburan di mana-mana; Roland hampir dapat membayangkan adegan pertempuran yang berlaku di sini semasa musuh mahu menawan istana ini tempoh hari.
"Bangun." Roland berjalan ke arah Petrov, tunduk dan mengangkat bahu duta muda itu.
"Ya, Tuanku," jawab Petrov dengan suara sebak. "Tuanku, akhirnya Tuanku datang juga."
"Awak sudah bertindak dengan sangat baik," balas Roland dengan suara yang dirundung kesedihan. "Empat Keluarga Bangsawan Besar itu bakal menerima balasan yang setimpal dan pembunuh keluarga awak akan diheret ke muka pengadilan."
"Tetapi patik gagal mempertahankan Kubu Longsong..."