Kubu Longsong terbahagi di tengah-tengah oleh satu cabang Sungai Air Merah; kawasan baratnya menempatkan rumah kediaman manakala kawasan timurnya pula adalah tanah pertanian yang terbentang luas.
Tidak seperti bandar-bandar besar lain yang dibina di pinggiran kawasan pertanian, tembok kota Kubu Longsong yang tinggi dibina mengelilingi kawasan kediaman dan sebahagian tanah pertanian. Tembok ini dibina bagi melindungi Kubu Longsong daripada manusia, bukan makhluk iblis. Namun jika bandar itu dikepung sekalipun, penduduknya masih boleh meneruskan hidup dan mendapat bekalan makanan seperti biasa.