Pekan Sempadan telah memasuki bulan terakhir musim sejuk semenjak Hari Kematangan Lucia.
Bagi Bulan Kunjungan Iblis, penghujung musim sejuk bukan bermakna pengakhiran bagi salji. Salji akan terus turun sehingga musim luruh dan musim bunga pada tahun kedua dan jika salji berhenti, maka itu adalah takdir Tuhan.
Berdasarkan pengalaman lepas, Bulan Kunjungan Iblis akan berakhir dalam setengah bulan pertama musim bunga dan pada masa itu merupakan masa yang paling getir dan merupakan masa yang sangat genting jika berakhir pada akhir bulan yang pertama. Akan menjadi sukar untuk melewati hari-hari yang mendatang jika ditangguh sehingga bulan kedua.
Namun, ini merupakan keadaan di mana hanya orang tempatan sahaja yang pernah melaluinya.